Skim Bursari BP40

Swinburne Sarawak dengan kerjasama Yayasan Sarawak menawarkan skim bursari khas bagi pelajar Bumiputera Sarawak berkelayakan yang mendaftar ke program pengajiannya.

Skim Bursari BP40 Yayasan Sarawak ini memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian di peringkat asasi, diploma atau ijazah, dengan yuran pengajian bersubsidi.


Tentang skim tersebut

  • Terhad kepada 100 pelajar sahaja!
  • Ijazah diterima oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk permohonan pekerjaan
  • Dengan sokongan Yayasan Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak
  • Bagi pelajar Bumiputera Sarawak dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana (B40/M40)
  • Pilihan untuk mengikuti program pertukaran ke kampus Melbourne.

Yuran Skim Bursari

**Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak

Pelajar juga layak memohon Pinjaman Pengajian Yayasan Sarawak bagi menampung baki yuran mereka. Sebagai tambahan kepada pinjaman pelajaran, pelajar diberi elaun sara hidup sebanyak RM4,000 setiap tahun sepanjang tempoh pengajian. Setelah tamat pengajian, anda mungkin menerima rebat daripada jumlah yuran pengajian anda seperti butiran di bawah:


- Mencapai PNGK 3.5 dan ke atas: rebat 75% dari yuran pengajian
- Mencapai PNGK 3.0 dan ke atas: rebat 50% dari yuran pengajian


Muat turun borang permohonan di sini.

Klik di sini untuk memuat turun brosur.